AHMAD Shabery beramah mesra dengan pelajar selepas program gotong-royong.
HM Digital

Chukai: Pemborong diminta tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ikan kembung dengan sewenang-wenangnya sehingga harganya melambung tinggi di pasaran.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pada masa ini harga ikan terbabit dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram bergantung kepada beberapa keadaan termasuk cuaca.

Sekiranya harga ikan terbabit dijual melebihi RM20 sekilogram, ia membuktikan pemborong cuba mengambil kesempatan meraih keuntungan yang tinggi.

“Kami faham keadaan cuaca yang tidak baik dan keterpaksaan nelayan pergi lebih jauh mendapatkan ikan menuntut kos perbelanjaan, sekali gus terpaksa menaikkan harga ikan.

“Bagaimanapun, kementerian dapati nelayan tidak menaikkan harga ikan itu dengan sangat tinggi sebaliknya pemborong mengambil kesempatan melonjakkan harga dengan melampau,” katanya semalam ketika bersama 1,000 nelayan dan pelajar bergotong-rayong membersih tapak perasmian Program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pantai Kuala Kerteh, Sabtu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 4:23 AM