UMW Toyota

Peneraju industri automotif UMW Toyota Motor Sdn Bhd optimis untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan kenderaannya dengan menumpukan fokus utama kepada pelanggan setia.

Selain menggalakkan pemilik menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Toyota yang sah, perkhidmatan selepas jualan ini membolehkan pelanggan memahami kepentingan aspek penyelenggaraan secara lebih komprehensif.

Tumpuan fokus utama kali ini terarah kepada perkhidmatan pasukan servis yang lebih profesional dan terlatih. Menerusi kaedah ini, kekerapan pelanggan menghantar kenderaan mereka ke pusat servis dan kos penyelenggaraan dapat dikurangkan.

Selain itu, Toyota turut tampil dengan servis penyelenggaraan yang paling komprehensif menerusi pelbagai servis utamanya, termasuk servis dan selenggara, penggantian komponen, penjagaan kacantikan kenderaan, servis penghawa dingin, penjajaran dan pengimbang roda, penggantian tayar, servis dan penyelenggaraan model import serta penggantian cermin kenderaan.

Menerusi penggunaan formula cat eksklusif dan juruteknik yang khusus serta terlatih, pelanggan akan menerima penjagaan yang berkualiti dengan sewajarnya.

Dalam pada itu, Toyota turut memperkenalkan perkhidmatan '24SEVEN Road Assist' yang menyediakan bantuan kerosakan kepada semua pemilik Toyota (individu dan syarikat swasta) sepanjang masa.

Di samping itu, Toyota juga menyediakan servis penyelenggaraan segera, platform 'easy drop', pembayaran ansuran tanpa faedah dan pakej insurans eksklusif Toyota turut disediakan bagi memudahkan pelanggannya.

Semua informasi terkini berkaitan perkhidmatan selepas jualan Toyota boleh didapati menerusi aplikasi Toyota Drive yang boleh dimuat turun melalui App Store dan Google Play.

Menerusi aplikasi berkenaan, pelanggan bukan sahaja dapat membuat tempahan servis, malah dapat menyemak pakej servis yang disediakan, lokasi pusat servis berdekatan, bantuan kerosakan atau kemalangan serta pautan ke laman sesawang Toyota Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2017 @ 10:58 AM