Antara pelanggan bertuah menerima baucar bernilai RM 5,000 di Kempen The Golden Ticket
Antara pelanggan bertuah menerima baucar bernilai RM 5,000 di Kempen The Golden Ticket
Noraniza Azmi

KUMPULAN Suria KLCC memberi ganjaran hebat kepada pelanggannya menerusi kempen The Golden Ticket yang berlangsung di ketiga-tiga pusat membeli-belahnya iaitu Suria KLCC, Pusat Membeli-Belah Alamanda di Putrajaya dan Mesra Mall di Kuala Terengganu dari 19 Jun hingga 19 Julai 2020.

Pelanggan berpeluang meraih hadiah utama iaitu baucar bernilai RM5,000 (Suria KLCC), baucar bernilai RM1,000 (Alamanda) dan baucar bernilai RM1,500 (Mesra Mall) apabila mereka berbelanja dengan jumlah minimum di setiap pusat membeli belah berkenaan.

Kempen The Golden Ticketdi Suria KLCC lebih meriah apabila apabila menawarkan peluang kepada pembeli yang mengambil bahagian untuk memenangi penginapan tiga hari dua malam di 'Park Suite' mewah untuk dua orang di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Lima pemenang bertuah dipilih secara rawak selepas kempen berakhir pada 2 Ogos 2020.

Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata, yang membezakan kejayaan kempen 'The Golden Ticket' sebagai kempen terbesar Kumpulan Suria KLCC tahun ini adalah nilai hebat baucar beli-belah ditawarkan.

" Pelanggan kami pasti mendapat ganjaran setiap hari ketika mereka berbelanja di Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall.

"Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan serta pengunjung, ketiga-tiga pusat membeli-belah tersebut sentiasa mematuhi keselamatan dan amalan kebersihan berpandukan prosedur operasi standard Kementerian Kesihatan Malaysia (SOP) yang ketat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 6:33 PM