X
KANAK-KANAK disarankan elak menggunakan pinggan bercorak.
KANAK-KANAK disarankan elak menggunakan pinggan bercorak.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin

PLUMBUM sudah lama digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan pewarna untuk mewarna corak dan lukisan pada produk seramik, terutama pinggan mangkuk.

Oleh itu, pengguna perlu berhati-hati kerana pinggan mangkuk seperti ini yang tular baru-baru ini mungkin tidak selamat untuk kegunaan harian.

Ini kerana logam berat plumbum digunakan boleh memberi kesan terhadap kesihatan.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti UCSI, Dr Mustafa Ali Mohd

berkata, pewarna digunakan ialah cat industri yang sememangnya tidak sesuai untuk pembuatan pinggan mangkuk.

"Pengusaha cenderung menggunakan cat pewarna atau cat daripada gred industri kerana harganya lebih murah dan dapat menghasilkan corak serta warna menarik," katanya.

Menurut beliau, bahan plumbum itu mudah luntur apabila kita meletakkan makanan yang panas atau berasid tinggi pada pinggan mangkuk terbabit.

CONTOH plumbum yang digunakan dalam pembuatan pinggan mangkuk seramik tetapi bahan plumbum ini luntur dalam makanan sangat sedikit.
CONTOH plumbum yang digunakan dalam pembuatan pinggan mangkuk seramik tetapi bahan plumbum ini luntur dalam makanan sangat sedikit.

CAT daripada gred industri tidak sesuai diguna untuk pinggan mangkuk.
CAT daripada gred industri tidak sesuai diguna untuk pinggan mangkuk.

"Seterusnya ia terlarut lalu bahan toksik ini meresap ke dalam cecair pada makanan yang bersentuhan dengannya.

"Ini sangat berbahaya kepada pengguna kerana bahan industri dihasilkan menggunakan campuran pelbagai kimia berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan," katanya.

Dr Mustafa berkata, bahan plumbum yang luntur tidak mengeluarkan bau, warna dan rasa kerana saiznya terlalu kecil.

"Sedikit demi sedikit bahan kimia ini tersimpan dalam badan pengguna yang lama-kelamaan memberi kesan kepada kesihatan.

"Kesan kepada golongan dewasa ialah gangguan saraf seperti Parkinson, nyanyuk, gangguan fungsi otak dan hati.

PINGGAN putih tanpa corak lebih selamat digunakan.
PINGGAN putih tanpa corak lebih selamat digunakan.

"Kesan kepada kanak-kanak pula adalah proses tumbesaran terbantut, masalah pembelajaran dan 'Intelligence Quoteint (IQ) rendah," katanya.

Menurut beliau, pinggan mangkuk yang cantik ini tentunya menjadi perkakas kegemaran yang kerap digunakan.

"Semakin kerap menggunakan pinggan ini maka bertambah banyak toksik menyerap masuk ke dalam badan.

"Sebaik-baiknya elakkan menggunakan pinggan ini kerana ia lebih selamat digunakan untuk hiasan," katanya.

Dr Mustafa Ali
Dr Mustafa Ali

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 7:00 AM