SEDU berpanjangan melebihi 48 jam perlu diberi perhatian.
SEDU berpanjangan melebihi 48 jam perlu diberi perhatian.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin

'MINUM air supaya sedu segera berakhir'.

Itu antara petua diamalkan mereka yang tiba-tiba tersedu.

Tersedu berlaku apabila otot diafragma mengecut secara tidak terkawal atau tiba-tiba lalu menutup peti suara.

Otot diafragma adalah otot yang terletak di bawah paru-paru berfungsi untuk pernafasan.

Sebenarnya, sedu boleh pulih dengan sendiri dalam tempoh tertentu tanpa sebarang rawatan.

Namun, sedu yang berpanjangan iaitu melebihi 48 jam perlu diberi perhatian kerana ia gejala penyakit.

Antaranya ialah kerosakan saraf vagus yang berfungsi mengawal otot diafragma.

Ia juga disebabkan oleh ketumbuhan pada leher, sakit tenggorok dan masalah sistem saraf pusat.

Bagi sedu yang berlaku dalam tempoh kurang 48 jam, ia kerana tabiat minum minuman berkarbonat, minum banyak alkohol, makan terlalu cepat dan banyak, tekanan emosi serta merokok.

Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan masalah sedu menyebabkan penyakit jantung, tetapi sebenarnya penyakit ini boleh menyebabkan sedu berpanjangan.

Sedu berpanjangan berlaku kerana keradangan pada diafragma selepas pembedahan.

Antara ubat yang boleh digunakan apabila mengalami masalah tersedu berterusan ialah 'Baclofe' dan 'Metoclopramide'.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Ogos 2020 @ 6:15 AM