GEJALA andropos boleh menyebabkan perubahan emosi.
GEJALA andropos boleh menyebabkan perubahan emosi.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Andropos mungkin boleh menjadi antara perkara ditakuti lelaki selain masalah mati pucuk.

Ini kerana andropos menyebabkan fungsi kelakian terjejas seperti masalah ketegangan zakar dan nafsu seks menurun, berikutan kemerosotan hormon testosteron.

Hormon testosteron perlu kepada seorang lelaki untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar dan pancutan sperma.

Pakar Perunding Urologi Hospital Columbia Asia-Cheras, Dr S Thana Balan berkata, lazimnya, lelaki mula mengalami adropos pada usia 50-an iaitu sekitar 30 hingga 40 peratus.

"Lelaki yang mengalami andropos pada usia ini (50-an) dinasihati tidak malu berbincang dengan doktor mengenai gejala dialami untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik.

"Namun, jika gejala sudah mula timbul pada lewat usia 40 tahun, mereka juga diminta berjumpa doktor segera supaya dapat mengurus (gejala) dialami dengan sebaik-baiknya tanpa menjejaskan kualiti hidup," katanya.

Beliau berkata, tidak dinafikan ada segelintir lelaki seolah-olah menafikan diri mereka sudah memasuki fasa andropos.

TERAPI gantian hormon testosteron dalam bentuk gel.
TERAPI gantian hormon testosteron dalam bentuk gel.

"Ini kerana mereka menganggap perubahan hormon dan fisiologi tubuh adalah proses penuaan yang normal apabila mencapai usia 50 tahun ke atas.

"Disebabkan ini juga mereka tidak mengambil sebarang rawatan untuk merawat hormon testosteron.

"Berbeza dengan lelaki di Eropah, mereka menitikberatkan perkara ini dan mendapatkan rawatan seperti terapi ganti hormon testosteron bagi memastikan fungsi seksualnya tidak terganggu," katanya.

Dr S Thana berkata, tidak ramai mengetahui andropos boleh dirawat menggunakan terapi gantian hormon.

"Ia boleh diambil melalui suntikan, kebiasaannya tiga bulan sekali dan perlu diteruskan seumur hidup.

"Namun, rawatan ini mempunyai kesan sampingan yang lelaki itu berisiko menghidap barah prostat disebabkan peningkatan hormon testosteron.

"Kajian terbaharu menunjukkan sekiranya seorang lelaki mengambil sun

DR S Thana
DR S Thana

tikan berkenaan, tetapi memantau tahap antigen spesifik prostat (PSA) secara berkala, risiko diserang barah prostat kurang daripada 0.5 peratus," katanya.

Ditanya kemungkinan penyakit lain boleh dihidapi lelaki yang mengalami andropos, beliau berkata, berdasarkan pengalamannya merawat pesakit mendapati, kebiasaannya mereka menghidap kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung iskemik.

"Andropos turut dikaitkan dengan beberapa mitos oleh masyarakat iaitu secara genetiknya lelaki tidak boleh didiagnosis masalah ini seperti wanita (menopaus).

"Tidak kurang juga ada menganggap mereka yang mengalami andropos lebih cepat meninggal dunia.

"Andropos turut dikaitkan penyebab mati pucuk sedangkan ia adalah dua keadaan yang berbeza," katanya.

Katanya, andropos akan dialami setiap lelaki walaupun mengamalkan gaya hidup sihat kerana ia adalah proses fisiologi semula jadi golongan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2020 @ 6:21 AM