FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan
Osman Adnan

Kuala Lumpur: Pandemik Covid-19 bukan saja memberi impak kepada ekonomi malah memberi kesan kepada sektor pendidikan negara.

Penularan yang semakin meningkat memaksa sekolah ditutup sehingga menyebabkan sesi pembelajaran dan kokurikulum tergendala beberapa kali sejak Mac lalu.

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Keadaan ini turut menjejaskan aktiviti pembelajaran sukan seperti kelab taekwondo.

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Namun, Kelab Taekwando Koryo di Bandar Bukit Raja, Klang, bawah kendalian Ketua Jurulatih Muhammad Muhiyaddin mengambil inisiatif menjalankan sesi latihan normal baharu dengan menggunakan aplikasi Zoom.

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Jika sebelum ini lebih 100 murid sekitar Shah Alam, Klang dan Subang akan menjalani latihan secara bersemuka di sekolah atau gimnasiun setiap Sabtu dan Ahad namun rutin itu kini sudah berbeza sebaik perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan kerajaan.

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Alternatif terbaharu ini ternyata mendapat reaksi positif ibu bapa yang mahu anak masing-masing kembali aktif menjalani latihan namun dalam masa sama terjamin dari segi kesihatan.

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Amra Humaira ,7, antara ahli kelab yang menjalani latihan secara dalam talian di Shah Alam.

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Sesi latihan juga dipantau ayahnya, Amir Hamzah Hashim, 39, yang sentiasa memberi sokongan kepada minat anak perempuannya.

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

Kaedah ini juga dilihat menyahut seruan kerajaan untuk mengurangkan pergerakan di luar rumah tetapi dalam masa sama terus merancakkan semula aktiviti sihat selain memberi peluang pengusaha dan tenaga pengajar mengukuhkan semula pendapatan yang terjejas.

FOTO Osman Adnan
FOTO Osman Adnan

  • Lagi foto Spektrum
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2020 @ 6:45 PM