Khamis, 14 September 2017.

Alor Setar: Rakyat negeri ini mengambil kesempatan menziarahi makam Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah sambil membaca Yasin di Makam Diraja Langgar, di sini, semalam.

Khamis, 14 September 2017.

Alor Setar: Kisah keperibadian Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mulia dan disenangi segenap lapisan rakyat terus dikongsi, selain kemangkatan baginda disifatkan sebagai kehilangan besar.

Rabu, 13 September 2017.

Alor Setar: “Almarhum seorang yang mudah dan tidak pernah cerewet soal makanan dan antara makanan kegemarannya adalah nasi dengan kari ikan masin atau ikan pekasam.”

Selasa, 12 September 2017.

JENAZAH Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Jalan Langgar, Alor Setar, 4.30 petang, hari ini.

Selasa, 12 September 2017.

RAJA Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-29 menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat, semalam.

Selasa, 12 September 2017.

TEMBAKAN meriam sebanyak 89 das mengiringi keberangkatan keluar jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Istana Anak Bukit untuk dimakamkan di Makam Diraja Langgar dekat Alor Setar, hari ini.

Selasa, 12 September 2017.

KECINTAAN terhadap haiwan mendorong Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mewujudkan sebuah mini zoo dalam Istana Anak Bukit di Alor Setar. Zoo yang menjadi kawasan larangan untuk rakyat jelata itu menempatkan 52 spesis haiwan termasuk pelbagai jenis ikan dan unggas.

Selasa, 12 September 2017.

"Almarhum Tuanku pernah menasihatkan saya supaya sentiasa membantu Perdana Menteri dan menjaga keharmonian negara ini,".

Selasa, 12 September 2017.

BEKAS jurulatih bola sepak Kedah, Azraai Khor Abdullah menyifatkan kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah satu kehilangan besar untuk seluruh penyokong bola sepak Kedah dan warga Kedah keseluruhannya.

Selasa, 12 September 2017.

PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berangkat ke Alor Setar untuk Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini.

Selasa, 12 September 2017.

PROSES menggali liang lahad makam jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Makam Diraja Langgar yang bermula 6 petang semalam selesai kira-kira 2 pagi, hari ini.

Selasa, 12 September 2017.

BEBERAPA jalan utama di Bandaraya Alor Setar akan ditutup secara berperingkat bagi melancarkan pergerakan pedati ke Makam Diraja Langgar, di Alor Setar untuk Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 4 petang ini.

Selasa, 12 September 2017.

KERANDA yang membawa jenazah Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah tiba di Balai Penghadapan Baru, Istana Anak Bukit, Alor Setar 10.35 pagi, hari ini untuk sesi penghormatan terakhir.

Selasa, 12 September 2017.

DUA puluh satu das tembakan meriam dilepaskan sebagai pemakluman kemangkatan Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam tepat, 7 pagi tadi.

Selasa, 12 September 2017.

ORANG ramai sudah mula memenuhi perkarangan Istana Anak Bukit, Alor Setar sejak 8 pagi, hari ini bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat, semalam.

Selasa, 12 September 2017.

Alor Setar: Pekarangan hadapan Istana Anak Bukit, di sini, dipenuhi orang ramai bermula jam 5 petang semalam bagi mendapatkan kesahihan berita kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Isnin, 11 September 2017.

SULTAN Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat hari ini pada usia 89 tahun selepas memerintah Kedah selama 59 tahun.

Isnin, 11 September 2017.

SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah hari ini, menitahkan semua bendera di negeri Perak dikibarkan separa tiang sehingga selesai istiadat pemakaman Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Isnin, 11 September 2017.

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merafak sembah takziah serta menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Isnin, 11 September 2017.

KERAJAAN Negeri Johor dan seluruh rakyat negeri Johor merafak sembah ucapan takziah kepada Kerabat DiRaja Kedah atas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, hari ini.