AKSI Ngcongca menyekat pemain Perancis, Franck Ribery pada Piala Dunia 2010. FOTO Agensi
AKSI Ngcongca menyekat pemain Perancis, Franck Ribery pada Piala Dunia 2010. FOTO Agensi
Agensi

London: Bekas pemain pertahanan antarabangsa Afrika Selatan, Anele Ngcongca terbunuh dalam nahas jalan raya hari ini. Berita tragis itu disahkan kelabnya, AmaZulu.

Ngcongca, 33, anggota skuad Afrika Selatan pada Piala Dunia 2010 yang memulakan kempen dengan mengejutkan Perancis 2-1. Dia memiliki 53 kaps sepanjang tujuh tahun beraksi bersama skuad kebangsaannya dan penampilan terakhirnya pada 2016.

Dia beraksi sembilan musim bersama kelab Belgium Genk, beraksi di Liga Juara-Juara dan tampil 279 perlawanan. Pertahanan kanan itu disenaraikan dalam skuad kelab untuk abad ini pada 2015 di samping penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois dan pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne.

Ngcongca adalah penumpang ketika kemalangan berlaku di utara Durban. Pemandunya seorang wanita kini dalam keadaan kritikal di hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 9:32 PM