WHITE membisikkan sesuatu ke telinga Khabib. FOTO Agensi
WHITE membisikkan sesuatu ke telinga Khabib. FOTO Agensi
Agensi

London: Sama ada Khabib Nurmagomedov bakal bertarung sekali lagi atau tidak masih kekal misteri tetapi Dana White menegaskan rancangannya untuk berunding dengan juara lightweight tidak pernah kalah itu dalam tempoh terdekat.

Sejak minggu lalu, Khabib memberi bayangan di media sosial dia sedia bertemu dengan Presiden UFC itu tidak lama lagi.

Selepas tamat acara UFC Vegas 15 pada Sabtu lalu, White ketika berkata kepada media mengesahkan dia akan bertemu Khabib tetapi belum bersedia menyatakan tarikhnya.

''Kami akan bertemu di Abu Dhabi,'' kata White. Kami akan ke sana tidak lama lagi. Saya akan beritahu anda apabila tiba masanya untuk anda ketahui.''

Khabib mengumumkan persaraan daripada sukan seni bela diri campuran (MMA) selepas menewaskan Justin Gaethje bulan lalu.

The Eagle memperbaiki rekodnya 29-0 dan menjadi persoalan kini sama ada dia akan melanjutkannya ke angka 30.

White sebelum ini kerap menegaskan dia percaya Khabib akan kembali. Ketika ditanya sekali lagi mengenainya, dia kekal dengan pendiriannya.

''Saya yakin,'' tegas White. ''Dia tidak berkata kepada saya tetapi saya yakin.''

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Disember 2020 @ 7:49 AM