KHABIB berkawan baik dengan Ronaldo. FOTO Agensi
KHABIB berkawan baik dengan Ronaldo. FOTO Agensi
Agensi

London: Juara dunia lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dan pemenang lima kali Ballon d'Or, Cristiano Ronaldo berbual seketika menerusi panggilan video yang dirakam rakan Khabib yang juga pencabar lightweight, Islam Makhachev.

Menurut Islam dengan nada bergurau: ''Khabib benar-benar serius mahu tubuhkan pasukan yang kuat.''

Sebelum pertarungan terakhir Khabib menentang Justin Gaethje, Khabib sememangnya berkawan baik dengan penyerang Juventus malah Ronaldo membakar semangat Khabib dengan meramalkan kemenangan jaguh Russia itu di Instagram:

"Sudah tentu Khabib akan menang.''

'The Eagle' kemudiannya menewaskan Gaethje di pusingan kedua tetapi ketika ditanya adakah dia melihat video itu, jaguh yang memegang rekod 29-0 itu berkata:

"Ya, saya melihat video itu, saya kerap bercakap dengannya.

"Dia selalu menasihati saya. Saya turut bercakap dengan Karim Benzema dan Zlatan Ibrahimovic.

"Saya suka bola sepak dan meminatinya sejak kecil. Bagi saya ia memberi kekuatan tambahan.''

Khabib turut baru-baru ini bergambar dengan bekas pemain tengah AC Milan dan Belanda, Clarence Seedorf dan memuatnaik kedua-dua mereka di Instagram dengan kapsyen: ''Dia adalah pemain kegemaran bapa saya. Menarik dapat jumpa anda"''

Bintang Russia itu kini berada di Dubai menjelang UFC 257 bagi memberikan sokongan kepada sepupunya, Umar Nurmagomedov yang akan menentang Sergey Morozov.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 11:06 PM