RONALDO dan Georgina muncul pasangan paling kaya meraih pendapatan menerusi Instagram. FOTO Agensi
RONALDO dan Georgina muncul pasangan paling kaya meraih pendapatan menerusi Instagram. FOTO Agensi
Agensi

London: Superstar Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo dianggap salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dengan pelbagai kejayaan dan anugerah termasuk pemenang lima kali Ballon d'Or.

Ronaldo bukan sahaja popular di atas padang malah di luar padang berdasarkan jumlah pengikutnya di media sosial seperti Instagram dan Twitter. Instagram terutamanya menjadi 'lubuk' duit kepada selebriti dan atlet menerusi penajaan lumayan ke atas setiap catatan di media sosial itu.

Berdasarkan kajian laman web OnBuy.com ke atas pendapatan diperolehi pasangan selebriti menerusi Instagram mendapati Ronaldo dan teman wanitanya, Georgina Rodríguez memperolehi habuan paling lumayan.

Kedua-duanya dengan gabungan 273.9 juta pengikut meraih £669,852 (RM3.7 juta)

setiap kali memuatnaik catatan di Instagram. Pelakon, Dwayne The Rock Johnson dan isterinya, Lauren Hashian di tempat kedua dengan 221.2 juta pengikut dan memperolehi sekitar £515,727 (RM2.849 juta) setiap kali memuat naik catatan di media sosial.

Mereka diikuti Kim Kardashian dan Kanye West yang memiliki 201.4 juta pengikut dengan £493,869 (RM2.728) juta diperolehi menerusi setiap catatan di Instagram.

Statistik di atas membuktikan betapa Ronaldo begitu popular di serata dunia dan dengan pelbagai penajaan selain gaji diterima menjadikannya salah seorang atlet terkaya sepanjang zaman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2021 @ 11:44 PM