OZIL ikat kontrak tiga setengah tahun bersama Fenerbahce. FOTO AFP
OZIL ikat kontrak tiga setengah tahun bersama Fenerbahce. FOTO AFP
Agensi

London: Mesut Ozil mendapat gaji £67,000 (RM370,000) seminggu di Fenerbahce - kurang 80 peratus yang diraihnya di Arsenal.

Pemain tengah berusia 32 tahun itu bersetuju menerima pemotongan £283,000 (RM1.56 juta) seminggu untuk menyertai gergasi Turki bulan ini.

Ozil dibayar £350,000 (RM1.93j) seminggu di Arsenal walaupun dibekukan daripada skuad utama tetapi AS melaporkan dia akan menandatangani kontrak tiga setengah tahun bernilai £3.5 juta (RM19.35j) setahun.

Perpindahan itu menyaksikan Ozil meraih pendapatan hanya 20 peratus daripada yang diperolehi di Utara London malah kurang daripada pemain seperti Cedric Soares yang bergaji £75,000 (RM414,000) seminggu di Arsenal.

Tetapi laporan menyatakan dia mampu mendapat £670,000 (RM3.7j) dari segi bonus sahaja musim ini dan akan mendapat tambahan £445,000 (RM2.46j) jika membantu Fenerbahce menjulang gelaran liga pertama sejak 2014.

Skuad Erol Bulut kini terikat dengan Besiktas di puncak liga daripada segi pungutan mata dan gergasi Turki itu turut berada di musim kedua tanpa aksi Eropah.

Jika mereka layak ke Liga Juara-Juara menyaksikan budak baharu, Ozil mendapat tambahan bonus £222,000 (RM1.22 juta).

Perancang dari Jerman itu mencapai persetujuan dengan pengurusan Emirates untuk menamatkan kontraknya lebih awal.

Dia dijangka mendapat sekitar £7 juta (RM38j) dari tempoh sekarang sehingga penghujung kontraknya pada Jun depan dan dia terbang ke Istanbul pada Ahad lalu selepas diberi kebenaran menandatangani kontrak dengan kelab Super Lig itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 10:40 PM