BOMBA memadamkan kebakaran berhampiran lokasi pesawat yang membawa pemain kelab Palmas terhempas. FOTO AFP
BOMBA memadamkan kebakaran berhampiran lokasi pesawat yang membawa pemain kelab Palmas terhempas. FOTO AFP
AFP

Brasília: Presiden dan empat pemain kelab bola sepak Palmas yang beraksi di divisyen empat Brazil terbunuh selepas pesawat dinaiki terhempas awal pagi tadi.

Pesawat malang itu yang dalam penerbangan ke Goiania dari Tocantins tiba-tiba terhempas beberapa saat selepas meninggalkan landasan.

Kenyataan kelab menyebut presiden Lucas Meira dan empat pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari antara yang maut.

"Kelab amat sedih dengan tragedi ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga terbabit. Kami akan memberikan bantuan dan sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa.''

Pada 2016, 19 pemain kelab Chapecoense terbunuh dalam nahas udara di Colombia ketika dalam penerbangan menuju Medellin yang mengorbankan 71 nyawa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2021 @ 12:38 PM