FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Melbourne : Seorang lelak terpaksa menggunakan pemegang kamera GoPro miliknya untuk melawan demi mengelak dirinya menjadi mangsa serangan jerung ketika menyelam di perairan Semenanjung Cape York, Australia.

Portal 9 News melaporkan, insiden mencemaskan itu berlaku ketika Dion Creek sedang melaraskan kameranya.

"Saya menyedari jerung sepanjang 1.8 meter itu datang ke arah saya ketika sedang melaraskan kamera.

"Bagi menyelamatkan diri, saya gunakan pemegang kamera untuk melawan jerung itu.

"Saya ketuk jerung itu sebanyak tiga kali. Selepas ketukan pertama, jerung itu datang semula.

"Namun, saya terus melawan untuk melepaskan diri," katanya.

Bagaimanapun, Creek berjaya melepaskan dirinya daripada dibaham jerung tanpa mengalami kecederaan.

Namun, Creek mengakui takut kerana kali pertama berdepan situasi cemas seperti itu.

"Hanya saya yang berada di dalam air ketika itu, manakala dua lagi rakan di atas bot.

"Jadi, saya bernasib baik kerana terselamat tetapi akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Disember 2020 @ 3:47 PM