GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan

Washington: Halusinasi, insomnia dan ketidakseimbangan badan. Itu dialami seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) selama beberapa bulan akibat memakan sushi selepas lima hari ia dibeli dari sebuah premis makanan.

Mirror UK melaporkan punca masalah itu diketahui selepas doktor menemui seekor cacing pita di dalam perut wanita berusia 34 tahun itu.

Kisah wanita itu dikongsikan seorang pakar perubatan dari Universiti Illinois, Chicago, menerusi saluran YouTubenya.

Menurut doktor itu, cacing itu sudah berada di dalam perut wanita terbabit sejak sembilan bulan lalu.

Segala-galanya bermula selepas wanita itu pulang lewat dari tempat kerja dan memakan sushi yang disimpan di dalam peti sejuk kerana lapar.

"Ikan dalam sushi itu sedikit masam. tetapi wanita terbabit meletakkan kicap untuk menghilangkan rasa kurang enak itu.

"Sushi itu disimpan lima hari di dalam peti sejuk, tetapi dia masih makan kerana tidak ingat mengenai perkara itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Disember 2020 @ 6:31 AM