MILLER masih dapat kepercayaan stesen TV dan penerbit untuk watak utama.
Sudirman Mohd Tahir

Nama pelakon Miller Khan mungkin asing dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan.

Namun bagi penonton setia drama bersiri Indonesia seperti Anugerah, Kau Bukan Anakku, Separuh Aku dan Kau Yang Berasal Dari Bintang yang pernah ditayangkan di stesen TV tempatan pasti mengenali jejaka kacak tinggi lampai ini.

Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 30, adalah pelakon kelahiran Johor Bahru yang kini mencipta nama di negara seberang sejak berusia 19 tahun.

Kepulangan Miller adalah bagi menjayakan penggambaran iklan raya jenama tudung pelakon Neelofa minggu lalu membawa kepada pertemuan Harian Metro bersama pelakon berdarah Tionghoa, India, Arab dan Melayu ini.

Memasuki tahun ke-11 pembabitannya dalam industri hiburan Indonesia, Miller yang juga adik (berlainan ibu) kepada pelakon Sabrina Ali mengakui selesa untuk terus berkarya di sana.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 8:10 AM