SANCHEZ (tengah) jaring gol pembukaan Arsenal. Gambar kecil, Arsene Wenger. FOTO Reuters
SANCHEZ (tengah) jaring gol pembukaan Arsenal. Gambar kecil, Arsene Wenger. FOTO Reuters
AFP

Southampton, England: Arsene Wenger menyanjung kualiti unik Alexis Sanchez selepas pemain Chile itu membuka tirai jaringan ketika kemenangan 2-0 Arsenal di Southampton sebelum mencipta gol kedua buat pemain gantian Olivier Giroud.

Kemenangan awal pagi semalam membantu Arsenal melonjak tiga mata di belakang empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris sekali gus menghidupkan peluang kemungkinan layak ke Liga Juara-Juara buat musim ke-20 berturut-turut.

Sanchez memecah kebuntuan pada minit ke-60 di St Mary’s, menyambut hantaran Mesut Ozil sebelum menggelecek dua pertahanan lawan dan meledak gol ke-20 dalam kempen kali ini.

“Gol dijaringkannya malam ini membuktikan siapa dirinya: teknik yang amat bagus dalam ruang yang kecil,” ujar Wenger.

“Dia menjaringkan gol penting. Dia memiliki daya cipta dalam fikirannya. Dia kreatif, tidak takut dengan apa-apa dan dia mengejutkan setiap orang di stadium malam ini dengan jaringannya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2017 @ 5:20 AM