TASH Yong. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my


Hampir lima tahun berusaha gigih tanpa jemu untuk membina nama dalam karier lakonan, nyata berbaloi buat Tash Yong, 27, apabila dia kini makin dikenali.

Tash atau Nur Natasha Shazlia Rosli yakin mampu dikenali peminat dengan bakat dan tidak perlu menjaja gosip liar.

Katanya, siapa yang tidak mahu popular tetapi dia masih mampu berfikir dengan tenang untuk ke arah itu tanpa cerita atau gosip peribadi.

“Saya sedar harus menjaga nama dan maruah keluarga dan tidak mahu mereka sedih terutama ibu. Ada banyak cara untuk berjaya, tak perlu terkejar-kejar untuk dikenali tanpa menitik beratkan hasil kerja yang bagus,” katanya.

Anak sulung komposer Rosli Selasih ini mula mendapat peluang berlakon pada 2013. Ketika itu, Tash yang baru menggenggam Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dilamar pengarah Aziz M Osman membintangi telefilem Kerana Anggun. Kemudian Tash berlakon pula siri online lapan episod, Terjatuh In Love.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2017 @ 3:23 AM