FIRMINO menjaringkan 12 gol buat Liverpool musim ini.
FIRMINO menjaringkan 12 gol buat Liverpool musim ini.
AFP

Liverpool: Roberto Firmino berkemungkinan besar diturunkan bagi membantu Liverpool layak ke Liga Juara-Juara apabila pasukannya menentang Middlesbrough di Anfield, malam ini.

Liverpool turun selaku pilihan tetapi selepas tidak menang di tempat sendiri sepanjang tiga perlawanan terakhir, memberi sedikit kelegaan buat Arsenal yang bakal memintas skuad kendalian Jurgen Klopp itu andai mereka tercicir mata.

Klopp tentunya mahu menyenaraikan Firmino apatah lagi pemain antarabangsa Brazil itu memainkan peranan besar dengan menjaringkan 12 gol buat pasukannya musim ini.

Begitupun, dia tidak bermain ketika pasukannya menang 4-0 di West Ham minggu lalu gara-gara kecederaan dan tidak turun menjalani latihan minggu ini hinggakan Klopp terpaksa menurunkan Daniel Sturridge bagi menggantikannya.

Sturridge yang kembali bermain sejak Januari, berjaya meledak jaringan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2017 @ 7:04 AM