HAZAMA bersama anak didiknya, Usop. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Sudirman Mohd Tahir


Tindakan penyanyi baru Usop Mentor Milenia 2017 yang enggan memberikan nombor telefon kepada pihak media membuatkan dirinya dilabel ‘perasan’ bagus.

Malah, ayat yang terkelur daripada mulut Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 20, dengan meminta pihak media mendapatkan nombor telefon menerusi laman Instagram memberi satu lagi persepsi kurang manis terhadap dirinya yang masih hijau dalam industri muzik.

Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro sebelum ini, Usop turut menjelaskan dia sekadar mengikut arahan yang diberikan mentornya iaitu Hazama.

Bagaimanapun, Hazama yang ditemui baru-baru ini menafikan perkara itu, sebaliknya dia hanya mengajar pemenang tempat kedua dalam program itu supaya tidak memberikan nombor telefon kepada orang yang tidak berkaitan dan dikenali dalam industri muzik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2017 @ 5:26 AM