Reuters

 

BEKAS bintang James Bond, Sir Roger Moore meninggal dunia di Switzerland pada usia 89 akibat kanser, kata keluarganya di Twitter semalam.

Dalam kenyataan itu, tiga anaknya Deborah, Geoffrey and Christian berkata Moore meninggal dunia di sisi keluarganya. 

Moore pernah muncul dalam tujuh filem James Bond antara 1973 hingga 1985.

Selain itu dia turut terkenal dengan watak Simon Templar dalam siri The Saint yang ditayangkan dari 1962 hingga 1969.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Mei 2017 @ 9:52 PM