LIZA menunjukkan tanda harga makanan yang dipamer kepada pelanggan sebelum membuat pilihan secara layan diri. Gambar kecil, sepinggan nasi berlauk udang galah, sotong dan sayur kangkung berharga RM32 tular di media sosial. FOTO Shamsudin Husin
Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my


Chukai: Tular di Facebook harga sepinggan nasi dengan lauk dua potongan sotong, seekor udang galah dan sayur kangkung yang diambil seorang pelanggan di Warung Aziz Satar di Kampung Geliga Baru, di sini, berharga RM32.

Berikutan gambar yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, Syed Ikram pada Jumaat lalu menyebabkan netizen memberi reaksi termasuk mengecam pemilik kedai makan berkenaan.

Bagaimanapun, Liza Musid, 25, yang mengusahakan kedai makan berkenaan kesal dan kecewa dengan tindakan pelanggannya itu yang didakwanya sebagai berniat jahat menjatuhkan perniagaannya.

Menurutnya, dia tidak menafikan harga sepinggan nasi dan lauk diambil berharga RM32 seperti ditularkan pelanggan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 4:01 AM