MARIAH kini lumpuh seumur hidup selepas ibu bapanya menolak perubatan moden. FOTO TODAY
MARIAH kini lumpuh seumur hidup selepas ibu bapanya menolak perubatan moden. FOTO TODAY
Agensi

Boise, Amerika Syarikat: Seorang wanita mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu bapanya selepas mereka hanya menggunakan herba dan berdoa untuk merawat penyakit jantung yang dihidapinya.

Tindakan ibu bapa Mariah Walton menolak perubatan moden itu menyebabkan wanita berkenaan lumpuh seumur hidup.

Mariah, 21, dilahirkan dengan satu lubang kecil pada jantungnya yang boleh dirawat sekiranya dia menjalani pembedahan pada peringkat awal.

Penyakit berkenaan hanya dikesan ketika Mariah berusia 18 tahun tetapi ibu bapanya enggan membawanya menjalani rawatan moden.

Sebaliknya, ibunya hanya menggunakan bahan semula jadi seperti herba dan pati minyak selain berdoa untuk merawat penyakit dihidapi Mariah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Jun 2017 @ 5:20 AM