RIBUAN penyokong Real mahu wira mereka pertahan gelaran pemain terbaik dunia.
AFP

Madrid: Ribuan penyokong setia Real Madrid melaungkan nama Cristiano Ronaldo dan mengharapkan bintang Portugal itu diangkat selaku pemenang Ballon d’Or ketika kelab gergasi Sepanyol itu merayakan kejayaan menjulang Liga Juara-Juara buat kali ke-12.

Ronaldo menjaringkan dua gol ketika membantu Real menang 4-1 ke atas Juventus di Cardiff kelmarin dan keputusan itu membolehkan Madrid muncul pasukan pertama yang berjaya mengekalkan kejuaraan.

Tampil dengan potongan rambut baru, Ronaldo dilabel sebagai wira pada majlis yang dihadiri kira-kira 81,000 penyokong yang memenuhi stadium kebanggaan Real, Santiago Bernabeu.

“Cristiano Ballon d’Or” dan Ronaldo dilihat menyanyi bersama penyokong setia kelabnya ketika dia dijulang oleh rakan sepasukannya.

Ronaldo muncul pemain pilihan untuk memenangi anugerah itu buat kali kelima dan jika ia berlaku, catatan itu akan menyamai rekod Lionel Messi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Jun 2017 @ 3:24 AM