Mary Victoria Dass


Johor Bahru: “Pada 16 Jun ini usia saya genap 85 tahun, namun saya masih tidak dapat lupakan kenangan manis mewakili negara sebagai pemain simpanan Piala Thomas 1967 di mana pasukan kami menjuarai kejohanan itu,” kata Omar Abdul Manap.

Omar ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Stulang bersama isteri, Hafifah Ja’afar, 78, dan anak ketiga, Fatimah Omar, 54.

Anak jati Johor dari Jalan Dato’ Dalam Johor Bahru itu berkata, kemenangan tanpa bertanding pasukan kebangsaan dalam kejohanan di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia antara kenangan paling manis sepanjang hayatnya.

Menurutnya, dia tidak dapat melupakan kekecohan berlaku dalam pasukan Indonesia hingga pasukan berkenaan mengambil keputusan menarik diri mengakibatkan pasukan negara itu tewas 6-3 pada perlawanan akhir.

Katanya, ketika itu, pasukan kebangsaan diketuai lagenda badminton, Datuk Teh Kew bersama beberapa pemain terkenal lain berasa yakin dapat menjuarai kejohanan berkenaan tanpa mengira perlu bertanding di gelanggang atau tidak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Jun 2017 @ 6:10 AM
OMAR bersama Hafifah dan Fatimah di rumah mereka di PPR Stulang.