Misbun akan pegang jawatan Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki. FOTO HM
Ferzalfie Fauzi


LEGENDA badminton negara, Datuk Misbun Sidek kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan menjawat jawatan Ketua Jurulatih Perseorangan Lelaki.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria di Mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan & Latihan (C&T), hari ini.

“Misbun dijangka akan melapor diri selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,” kata Norza yang juga Pengerusi C&T.

Kali terakhir Misbun berkhidmat dengan BAM ialah menjadi Ketua Jurulatih Perseorangan pada 2011 sebelum meletak jawatan kerana berbeza pendapat bersama badan induk berkenaan.

Beliau yang berusia 57 tahun pernah membimbing Datuk Lee Chong Wei meraih perak Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Jun 2017 @ 6:57 PM