Suhardi melecur 50 peratus akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pembersihan pada platform menggunakan batang logam aluminium di Stesen KTMB Sentul, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Suhardi melecur 50 peratus akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja pembersihan pada platform menggunakan batang logam aluminium di Stesen KTMB Sentul, Kuala Lumpur, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Nadzreen Shah Mat Salim


LELAKI, 47, melecur 50 peratus di badan akibat terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja pembersihan menggunakan batang logam aluminium pada tiang platform 3, Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sentul, Kuala Lumpur jam 9.30 pagi tadi.

Difahamkan mangsa, Suhardi Muhtadi yang juga penyelia pekerja kontrak pembersihan stesen berkenaan sedang melakukan kerja pembersihan najis burung pada tiang platform 3 menggunakan batang aluminium.

Saksi kejadian kejadian yang enggan dikenali berkata, mangsa dilihat menjolok tiang platform itu menggunakan batang logam aluminium untuk membersihkan najis burung.

"Beberapa minit kemudian, saya melihat lelaki itu rebah dan badannya berasap akibat terkena renjatan elektrik.

"Orang awam yang berada di lokasi kejadian menghubungi pihak ambulans sebelum pasukan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) tiba dan membawa mangsa kira-kira jam 10 pagi untuk rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, pihak KTMB ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Jun 2017 @ 5:38 PM