Skip this ad x
ANGGOTA TUDM melakukan kawalan ketat ketika operasi. FOTO Muhd Asyraf SyawalMUHAMMAD ASYRAF SAWAL
Zatul Iffah Zolkiply dan Shamsudin Husin


TUDM dipercayai sudah mengenal pasti lokasi pesawat Hawk 108 berhampiran Kampung Yak Yah, Kemaman, hari ini.

Lapan orang terdiri daripada pegawai TUDM dan individu dipercayai kakitangan syarikat kontraktor penyelenggara pesawat pejuang itu dilihat masuk ke lokasi kawasan semak berpaya, 1.15 tengah hari tadi.

Lokasi itu tidak mempunyai kediaman dengan rumah penduduk kampung yang paling hampir adalah dalam jarak satu kilometer.

Pihak TUDM juga memasang tali keselamatan sepanjang 200 meter dipercayai sebagai penanda selepas tiga anggotanya dilihat keluar dari kawasan hutan itu, pagi tadi.

Beberapa anggota TUDM dikatakan tiba di lokasi kejadian dan helikopter turut berlegar di ruang udara bermula 10 pagi.

Difahamkan, lokasi berkenaan adalah kawasan dua pegawai TUDM iaitu Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, ditemui semalam.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang pengesahan dikeluarkan daripada mana-mana pihak berhubung aktiviti berkenaan.


ANGGOTA TUDM memasang pita keselamatan dipercayai di lokasi Hawk 108. FOTO Muhd Asyraf Sawal

Semalam, dua juruterbang maut selepas pesawat Hawk 108 itu berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada 11 pagi semalam, sebelum terputus hubungan kira-kira setengah jam kemudian.

Mayat mereka ditemui jam 2.30 petang dengan payung terjun masing-masing dalam jarak 20 meter antara satu sama lain.

Update nahas Hawk 108



Berita berkaitan

Hawk 108 baru selesai servis penyelenggaraan

Semoga rohnya dicucuri rahmat [METROTV]

Jenazah diterbangkan ke Jempol, Subang

Dibawa ke surau Pangkalan Udara Kuantan

Dibawa ke rumah waris pagi esok

Tolong hormati keluarga mangsa

Jenazah dua juruterbang tiba di HTAA

Sepatutnya pulang ke kampung Sabtu ini

Perginya mereka di bulan mulia

Jumpa payung terjun

Kronologi Hawk 1996-2006

Pesawat TUDM terputus hubungan

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2017 @ 3:09 PM