SHAHIR. FOTO Rohanis Shukri.
SHAHIR. FOTO Rohanis Shukri.
Sudirman Mohd Tahir


Keputusan penyanyi Shahir untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian bukan sahaja menggembirakan peminatnya, malah turut mendapat sokongan penuh pelakon popular Erra Fazira.

Shahir yang juga juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF 8) berkata, Erra menasihatinya supaya bersikap lebih serius jika ingin terus mendapat kepercayaan peminat.

“Erra seorang yang sangat memberi sokongan. Sepanjang lebih tiga tahun ‘hilang’ dari industri muzik, dia juga banyak menasihati saya. Sepanjang tempoh itu banyak perkara yang saya tertinggal terutama berkaitan media sosial.

“Erra menyarankan saya supaya aktif di media sosial dengan sentiasa mengemas kini akaun Instagram dan apa saja yang berkaitan. Mahu atau tidak saya perlu mengikut arus perubahan itu.

Apabila difikir semula memang ada kebenarannya. Pendek kata ia menjadi satu kewajipan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Jun 2017 @ 7:25 AM