SAMBUT raya pertama di kampung Nazim di Johor Bahru.
Sudirman Mohd Tahir


Aidilfitri yang bakal disambut Ahad ini bukan sahaja dinantikan seluruh umat Islam, malah turut mencipta memori indah buat pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally.

Istimewanya ini tahun pertama mereka menyambut Syawal selepas berkahwin pada 10 September tahun lalu. Ia sekali gus bakal memberi satu lagi pengalaman baru dalam hidup mereka.

Menurut Nazim, kemeriahan menyambut Aidilfitri tahun ini lebih terasa apabila dapat meraikan bersama dua keluarga.

Bagaimanapun, Nazim yang juga pelakon drama Lara Aishah tetap dengan prinsip diri yang lebih suka bersederhana dalam setiap perkara.

“Memang tak sabar nak sambut Aidilfitri Ahad ini. Kalau bercerita soal persiapan menyambut raya, saya dan isteri lebih bersederhana. Baik dari segi perhiasan rumah dan juga pakaian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2017 @ 2:23 AM