Lelaki temui ajal selepas dipanah petir ketika melapah lembu kawasan padang di Kampung Lalang Luas, Pulai Chondong, Machang, petang tadi. FOTO ihsan IRDK
Siti Nadzirah Che Mud


Lelaki maut, dua lagi cedera selepas dipanah petir ketika melapah lembu di kawasan padang di Kampung Lalang Luas, Pulai Chondong, Machang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa, Hilmi Hassan, 32, disahkan meninggal dunia di Hospital Machang.

Sebelum itu, dia bersama enam kenalan termasuk dua yang cedera sedang melapah lembu untuk sambutan Aidilfitri, esok.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab Ghani berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Machang.

"Manakala dua mangsa iaitu lelaki 46 tahun dan kanak-kanak 10 tahun dirawat di hospital sama kerana cedera.

"Empat lagi rakannya berusia 37 hingga 55 tahun tidak cedera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Jun 2017 @ 12:13 AM