LOEW (kanan) meraihkan kejayaan skuad Jerman di final Piala Konfederasi. FOTO EPA
AFP

St Petersburg: Joachim Loew menyanjung generasi baru bintang Jerman selepas menundukkan Chile 1-0 pada final Piala Konfederasi awal pagi semalam namun menyatakan cabaran sebenar adalah mempertahankan Piala Dunia tahun depan.

“Saya amat berbangga dengan pasukan ini, kami hanya berlatih bersama selama tiga setengah minggu,” kata Loew.

“Anda mungkin rasa sesuatu berlaku dalam latihan, kami tampil bersama dan ia kemenangan yang memang wajar.”

Loew memperjudikan skuadnya dengan meninggalkan bintang utama seperti Thomas Mueller, Jerome Boateng, Toni Kroos dan Mesut Ozil sebaliknya membawa pemain muda kurang berpengalaman ke Russia.

Kapten Jerman, Julian Draxler dipilih pemain terbaik kejohanan manakala penyerang Timo Werner berakhir sebagai penjaring terbanyak di Russia dengan tiga gol dan dua ‘assist.’

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 5:14 AM