MANGSA dirawat di Hospital Kajang sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur. FOTO ihsan pembaca
Nabihah Kamal


REMAJA perempuan retak tengkorak kepala dan patah rahang akibat dibelasah penyamun yang menceroboh rumahnya di Kampung Masjid, Bangi, semalam.

Difahamkan, ketika kejadian remaja berusia 14 tahun itu bersendirian di rumahnya.

Menurut sumber, penyamun memasuki rumah mangsa yang tidak berkunci sebelum mencederakan remaja perempuan itu serta sempat melarikan telefon dan dompet milik ibunya.

"Ketika itu tiada siapa di rumah, ibunya bekerja sebagai tukang cuci manakala kakaknya keluar.

"Apabila ibunya pulang, dia mendapati anaknya terbaring atas katil di biliknya dalam keadaan tak sedarkan diri dan berlumuran darah," katanya.

Mangsa dirawat di zon merah di Hopital kajang sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2017 @ 2:58 PM