NORHAYATI bertanggungjawab mengeluarkan kenderaan untuk melepasi setiap halangan seperti laluan balak, sungai yang dalam, tebing tinggi dan berlumpur.
Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my


Melihat sisi peribadinya, sukar untuk menidakkan minat mendalam wanita berhati waja ini dalam bidang yang jarang diceburi kaum hawa.

Norhayati Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai Yati, 33, dilabel sebagai ‘pembantu pemandu wanita lejen’ dalam kalangan peminat sukan lasak pacuan empat roda (4x4).

Namanya mula menyinar ketika dia menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa, Rainforest Challenge (RFC) pada 2010 sebagai pembantu pemandu.

Ramai yang menyangka pembantu pemandu hanya duduk diam di sebelah pemandu tetapi ia berbeza dalam cabaran sebegitu kerana Yati perlu cergas dan memiliki stamina tinggi untuk berjuang bersama pemandu jentera melengkapkan semua zon yang ditetapkan.

“Jentera 4x4 akan menghadapi semua zon antaranya prologe, predator dan twilight serta setiap zon mempunyai antara satu hingga 24 halangan dikenali sebagai ‘special stage’ (ss).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 10:02 AM