PEMAIN skuad B-22 negara di KLIA sebelum berangkat bagi menghadapi kelayakan Piala AFC B-23 di Bangkok. FOTO Luqman Hakim Zubir
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my


Sepang: Pengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee tetap mengharapkan enam mata berjaya dikutip anak buahnya apabila turun menentang Indonesia dan Mongolia pada Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 dengan mengakui Thailand yang tampil selaku tuan rumah pasti sukar digugat.

Menurutnya, aksi pembukaan berdepan Indonesia petang esok amat penting bagi memastikan sasaran menamatkan kedudukan di tangga kedua peringkat kelayakan berjaya sebelum mengintai peluang untuk muncul sebagai lima pasukan terbaik beraksi pada pusingan akhir di China tahun depan.

Begitupun, beliau enggan pemainnya menutup sebelah mata terhadap kekuatan kedua-dua pasukan itu apabila mahu pasukan sentiasa fokus sepanjang kejohanan.

“Tiada pasukan yang hadir (kelayakan Piala AFC B-23) mahu kalah dengan masing-masing akan cuba merebut slot untuk layak ke China tahun depan.

“Thailand sudah semestinya dianggap pasukan pilihan berdasarkan prestasi mereka yang baik ketika ini berbanding pasukan lain dalam kumpulan ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 5:07 AM