Pin tudung yang berjaya dikeluarkan dan hasil X-ray terhadap bayi lelaki berusia 10 bulan yang tertelan pin tudung. FOTO ihsan pembaca
Nabihah Kamal
nabihah.kamal@hmetro.com

 

 

KISAH bayi lelaki berusia 10 bulan tertelan pin tudung yang tular sejak semalam adalah benar dan bayi itu kini dilaporkan stabil.

 Jurucakap Hospital Kuala Lumpur berkata, bayi itu dibedah semalam dan pin yang tersangkut di paru-parunya sudah dikeluarkan.

"Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi ( ICU) dan kini dilaporkan stabil serta masih dalam pemantauan doktor," katanya.

 Semalam, tular di Facebook (FB) dan aplikasi Whatsapp gambar bayi lelaki itu dirawat di hospital akibat tertelan pin tudung sebesar kira-kira tiga sentimeter.

Gambar X-ray menunjukkan pin tudung tersangkut di paru-paru bayi itu dan pin yang sudah dikeluarkan turut tersebar.

 

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Julai 2017 @ 4:17 PM