LUKAKU (kiri) ledak gol kemenangan. FOTO Reuters
LUKAKU (kiri) ledak gol kemenangan. FOTO Reuters
AFP

Salt Lake City, AS: Romelu Lukaku menyumbat gol sulungnya dalam jersi Manchester United semalam ketika kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu yang beraksi dengan 10 pemain meraih kemenangan 2-1 ke atas Real Salt Lake di Utah.

Lukaku, yang menyertai Red Devils dari Everton dengan harga dilapor £75 juta (RM418 juta) minggu lalu, menjaringkan gol kemenangan United pada minit ke-38 selepas menyempurnakan hantaran leret Henrikh Mkhitaryan.

Penyerang kebangsaan Belgium berusia 24 tahun itu turut terbabit dengan gol penyamaan United dijaringkan Mkhitaryan pada minit ke-29 selepas Luis Silva mengejutkan United dengan gol pendahuluan Salt Lake.

Lukaku menggunakan kekuatan dan penampilan fizikalnya untuk mengatasi pertahanan Real sebelum mengumpan kepada Jesse Lingard, yang membuat hantaran kepada Mkhitaryan untuk menyudahkan gol.

“Saya gembira pasukan ini menang,” ujar Lukaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2017 @ 5:14 AM