SEORANG militan Daish yang cuba menyamar sebagai wanita dengan mengenakan mekap tetapi lupa untuk mencukur janggut dan misainya. Gambar kiri ialah gambar asalnya dan tengah, selepas dia bersolek untuk menyamar sebagai wanita. Gambar kanan, gambar yang dikongsi oleh tentera Iraq menunjukkan cara militan Daish yang cuba menyelamatkan diri. FOTO Agensi

Agensi

Mosul: Beberapa anggota Daish bertindak menyamar sebagai wanita selepas mereka terdesak untuk menyelamatkan diri berikutan kejatuhan kubu kuat kumpulan itu di Mosul.

Seorang daripada mereka dirakam cuba menyamar dengan memakai gincu merah menyala, pembayang mata ungu, maskara dan krim asas serta memakai tudung untuk cuba menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, dia tidak mencukur janggut dan misainya, memudahkan taktiknya terbongkar.

Gambar lelaki itu bermekap penuh diedarkan selepas dia ditangkap oleh tentera Iraq di Mosul.

Satu lagi gambar menunjukkan seorang militan memakai rambut palsu dan coli dalam usaha memperdaya askar yang mencari saki-baki Daish.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2017 @ 5:14 AM