Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. FOTO ihsan polis
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


PERAGUT mati selepas motosikal ditunggang dilanggar dengan kereta oleh mangsa yang diragut berhampiran persimpangan lampu isyarat di belakang Pangsapuri [email protected] South, Seri Kembangan, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, beg penuntut lelaki Universiti Tenaga Nasional warga Yaman diragut ketika minum di restoran di Serdang Perdana, Seri Kembangan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, mangsa mengejar suspek dengan kereta dan melanggar motosikal itu kira-kira tiga kilometer dari tempat diragut.

"Suspek yang berusia 25 tahun mati akibat parah di kepala. Beg kepunyaan mangsa dijumpai pada si mati.

"Hasil semakan rekod polis mendapati si mati mempunyai tiga rekod lampau, " katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Katanya, mangsa ditahan reman bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan,"

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2017 @ 12:43 PM