FAIL Harian Metro Digital
Amirul Haswendy Ashari


YUNA Zarai memberi gambaran bakal bertunang, malam ini.

Penyanyi bertaraf antarabangsa itu dikatakan akan bertunang dengan Adam iaitu adik kepada Asyraf Sinclair.

Melalui akaun Instagram milik Yuna, penyanyi itu pula memuat naik foto ketika dia kecil dan sedang duduk atas pelamin.

Malah, pereka fesyen, Hatta Dolmat yang sering menghasilkan busana Yuna turut memberi kiasan sama melalui video sedang melakar busana khas dipercayai untuk Yuna, kelmarin.

Asyraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari pula dilihat memuat naik foto di laman sosial kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri satu majlis keluarga.

Tapi, usaha Harian Metro mendapatkan penjelasan daripada pengurusnya, Wawa menerusi telefon dan Whatsapp belum mendapat kerjasama yang baik.

Harian Metro pernah melaporkan penyanyi popular dengan lagu Crush duet bersama Usher menafikan pernah bertunang dengan Adam, pada 8 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2017 @ 3:23 PM