Abu Hashim maut ditembak. FOTO ihsan pembaca
Zuliaty Zulkiffli

 

[email protected]

ANGGOTA polis maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, dekat Napoh, Changlun, semalam.

Difahamkan, mangsa, Sub Inspektor Abu Hashim Ismail,48, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, maut akibat terkena sekurang-kurangnya empat das tembakan pada badan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai kejadian itu belum diketahui dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff dijangka mengadakan sidang media berhubung kes di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri jam 11.30 pagi ini.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 9:14 AM