KETUA Polis Kedah Datuk Asri Yusoff (tengah) menunjukkan gambar  Mohd Hatta Johari, 30, dan Mohd Najib Budin, 36, yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan dan mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan anggota polis kini sedang dikesan. FOTO  Shahrul Hafiz Zam dan Zuliaty Zulkifkli
KETUA Polis Kedah Datuk Asri Yusoff (tengah) menunjukkan gambar Mohd Hatta Johari, 30, dan Mohd Najib Budin, 36, yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan dan mempunyai kaitan dalam kes pembunuhan anggota polis kini sedang dikesan. FOTO Shahrul Hafiz Zam dan Zuliaty Zulkifkli
Muhaamad Hafis Nawawi dan Zuliaty Zulkifkli


LELAKI yang juga saksi kejadian kes tembak mati Sub Inspektor Abu Hashim Ismail di Taman Seri Hosba, Changlun, semalam, direman seminggu, bermula hari ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, mangsa, 54, yang juga detektif Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman difahamkan ke rumah saksi, 35, untuk mendapatkan maklumat berkaitan penyeludupan dan gangsterisme di kawasan Bukit Kayu Hitam.

Bagaimanapun, katanya, ketika mereka berbual tiba-tiba terdengar kira-kira enam das tembakan yang dilepaskan lelaki yang memanjat tembok rumah itu, pada 10.25 malam.

"Berikutan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat terkena tembakan yang dilepaskan suspek dan terdapat empat kesan tembakan di bahagian belakang badannya.

"Siasatan awal Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kedah menemui lima kelongsong peluru dan tiga anak peluru di tempat kejadian," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Asri berkata, saksi kejadian itu juga pernah ditahan polis dalam kegiatan jenayah penyeludupan di sempadan.

DUA lelaki ini dicari. FOTO  PDRM
DUA lelaki ini dicari. FOTO PDRM

“Kita juga sedang mengesan dua lagi lelaki iaitu Mohd Hatta Johari, 30, dan Mohd Najib Budin, 36, yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan.

“Mereka juga mempunyai kaitan dalam kes ini dan diperlukan bagi membantu siasatan.

"Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, mangsa ketika kejadian sedang bercuti dan akan bersara tidak lama lagi.

Berita berkaitan

Anggota polis Bukit Aman maut ditembak

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 2:55 PM