AHLI keluarga mengusung keranda Allahyarham Sub Inspektor Abu Hashim Ismail yang maut ditembak di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah. FOTO Shahrul Hafiz Zam
Muhaamad Hafis Nawawi dan Zuliaty Zulkifkli


ISTERI kepada Allahyarham Sub Inspektor Abu Hashim Ismail memberitahu mereka memang sedang bercuti di kampung di Merbok, Sungai Petani.

Dia yang enggan dikenali memberitahu dirinya dimaklumkan kejadian menimpa arwah suaminya pada kira-kira 10 malam, Jumaat.

Bagaimanapun, dia yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) enggan mengulas panjang dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, hahil bedah siasat ke atas arwah, 54, mendapati punca kematian akibat kecederaan tembakan di saluran darah utama di bahagian dada.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, berkata bedah siasat dijalankan bermula 11.15 pagi dan berakhir 3.05 petang ini.

"Terdapat kesan tembakan pada badan mangsa. Tiga daripadanya menembusi badan manakala satu anak peluru tertinggal di bahagian dada kiri.

"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah akibat kecederaan tembakan di saluran darah utama di bahagian dada," katanya.

Berita berkaitan

Pasukan khas bantu siasatan

Arwah ditembak masa tengah berbual

Anggota polis Bukit Aman maut ditembak

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 5:25 PM