Kalidevi Mogan Kumarappa dan Muhammad Hafis Nawawi


SUSPEK kedua yang diburu polis bagi membantu siasatan kes tembak mati Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, di Taman Seri Hosba, Changlun, semalam, sudah ditahan pada jam 6 petang hari ini.

Mohd Najib Budin, 36, ditahan di perkarangan Balai Polis Jitra oleh polis jam 6 petang selepas polis mendedahkan gambarnya kepada media, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim yang mengesahkan penahanan suspek ketika dihubungi Harian Metro.

Lebih awal, pada jam 4 petang, seorang lagi suspek, Mohd Hatta Johari, 30, atau dikenali Hatta turut ditahan di perkarangan balai yang sama.

Portal Harian Metro hari ini melaporkan, polis sedang mengesan dua lagi lelaki iaitu Hatta dan Najib yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan.

Mereka dicari bagi membantu kejadian kes tembak mati Sub Inspektor Abu Hashim Ismail di Taman Seri Hosba, Changlun, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Ogos 2017 @ 11:23 PM