PEMAIN boling negara, dari kiri Shalin Zulkifli, Sin Li Jane dan Ester Cheah memperagakan pingat emas yang dimenangi dalam acara bowling trio wanita. -Foto DANIAL SAAD
Ajitpal Singh


SHALIN Zulkifli, Esther Cheah dan Si Li Jane memenangi pingat emas keempat Malaysia dalam acara bowling Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila mengungguli kategori trio wanita di Sunway Mega Lanes, Subang Jaya, hari ini.

Malaysia turut meraih gangsa menerusi Natasha Roslan, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi.

Ini kali pertama Malaysia merangkul gelaran trio wanita sejak Sukan SEA Korat 2007.

Shalin, Esther dan Li Jane mencatatkan keseluruhan 3,835 jatuhan pin dalam enam permainan keseluruhan.

Untuk rekod, ini adalah pingat emas Sukan SEA ke-18 buat Shalin sejak dia mula beraksi pada Sukan SEA Singapura 1993.

Pemain Singapura Cherie Tan, New Hui Fen dan Shayna Ng meraih perak dengan catatan 3,795 jatuhan pin manakala Natasha, Siti Safiyah dan Syaidatul di tempat ketiga menerusi catatan 3,785 jatuhan pin.

Malaysia bagaimanapun gagal menduduki podium dalam acara trio lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 5:19 PM