Fatehah (kiri) bersama Farina (kanan) hadiah emas pecut berpasukan wanita. FOTO HAZREEN MOHAMAD/LUQMAN HAKIM ZUBIR
Azlan Muhammad Zain


KEJAYAAN memenangi acara pecut berpasukan menyuntik motivasi tinggi kepada pelumba wanita negara Fatehah Mustapa memburu tiga lagi emas dalam acara disertai.

Dia mahu menjadi pelumba berbasikal pertama negara meraih empat emas di Sukan SEA dengan acara 500 meter ujian masa, pecut individu dan keirin menantinya dalam baki dua hari perlumbaan.

“Saya memang meletakkan sasaran empat emas. Saya mahu menang empat acara disertai,” katanya.

Pada edisi 2011 di Indonesia dia meraih tiga emas menerusi 500m ujian masa, pecut individu dan berpasukan.

Terdahulu gandingan Fatehah dan Farina Shawati Mohd Adnan raih emas pecut berpasukan wanita dengan masa 34.671s selepas menewaskan Indonesia pada final di Velodrom Nasional Nilai.

Pada aksi kelayakan, mereka melakar 34.140 saat untuk memecahkan rekod kebangsaan 35.481s yang dilakukan mereka pada awal tahun ini.

tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Ogos 2017 @ 10:14 PM