AL Jufferi puas meraikan emas keempat dalam Sukan SEA.
Mohd Fitrie Muhamad dan Zulfaizan Mansor


AL Jufferi Jamari menganggap kalungan pingat emas dimenanginya bagi kategori kelas E pencak silat adalah hadiah awal majlis perkahwinannya yang akan dilangsungkan November depan.

Juara dunia itu yang akan mendirikan rumah tangga dengan Nurul Farhana Abd Majid, 3 November ini, meraih emas ketujuh skuad silat negara selepas menumpaskan pesilat Vietnam, Pham Tuan Anh 5-0.

Olahragawan kebangsaan 2015 itu berkata, kemenangan hari ini, iaitu yang keempat berturut-turut di Sukan SEA itu sesuatu yang amat bermakna baginya.

“Empat kali jumpa pesilat Vietnam (sejak 2011) berbeza. Saya pikul tanggungjawab yang agak berat dan terpaksa berjauhan dengan keluarga apabila berlatih di luar negara.

“Saya bangga dengan pencapaian ini. Saya akan akad nikah 3 November ini,” katanya.

Al Jufferi kini mensasarkan pingat di Sukan Asia

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Ogos 2017 @ 6:11 PM