KERATAN laporan daripada theindependent.sg
Mary Victoria Dass


JABATAN Kesihatan Johor akan menyiasat dakwaan hospital di Johor Bahru melengahkan rawatan terhadap mangsa kemalangan warga Singapura sehingga meragut nyawa, 25 Ogos lalu.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata kisah menimpa lelaki itu tular di media sosial.

Katanya, terdapat juga dakwaan pengurusan hospital di Johor Bahru minta bayaran sebelum rawatan diberikan dan itu antara penyebab mangsa cedera kemudiannya meninggal dunia.

“Kami akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang tular itu dan mendapatkan maklumat sahih," katanya.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial kisah mangsa langgar lari yang menimpa Justinian Tan.

Difahamkan, mangsa bersama lima rakannya datang ke Johor Bahru untuk makan.

Apabila berada di Jalan Dato Abdullah Tahir di Taman Abad, kira-kira 3 pagi, difahamkan Proton Saga merempuh mangsa dan seorang rakan mangsa.

Rakan mangsa, Brandon Yeo, 24, hanya mengalami kecederaan ringan.

Rakan mangsa, Ernest Lee dipetik sebagai berkata, pihak berkaitan melengah-lengahkan bantuan kecemasan terhadap mangsa.

Malah, mereka mendakwa ambulans hanya tiba di tempat kejadian setengah jam selepas kejadian.

Berita asal

25-year-old Singaporean dies after Malaysian hospital demanded cash payment before treatment

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 September 2017 @ 2:04 PM