Kalidevi Mogan Kumarappa dan Norizuan Shamsuddin
am@hmetro.com.my


SAKSI kejadian menceritakan bahawa dia terdengar jeritan orang minta tolong ketika dikejutkan oleh kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat.

Penduduk yang juga saksi kejadian, Shahirman Shahril, 39, berkata

“Saya dikejutkan dalam 5 pagi. Ialah terdengar teriakan orang menjerit, terbakar.

“Jadi, ramai kekawan usaha bantu. Suasana masih gelap. Api marak. Kami usaha bantu.

“Ada dua atau tiga pelajar tahfiz yang kami minta supaya terjun. Tapi, yang terjun semua melcur. Kami tak dapat bantu banyak kerana api marak.

“Ada beberapa kawan jiran nak naik tingkat atas. Tapi, sampai tingkat aje sebab api terlalu marak. Ketika itu, kami difahamkan ramai yang terperangkap.

“Ada menangis, menjerit, kepanasan, tolong abang, tolong abang.”

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata berdasarkan laporan awal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pelan kedudukan pusat tahfiz itu belum lulus kerana tidak ikut spesifikasi keselamatan.

“Saya dimaklumkan, 22 pelajar dan dua warden maut dalam kejadian ini. Ketika meninjau lokasi kejadian, saya nampak mayat kanak- kanak itu dalam keadaan berhimpit dua penjuru asrama.

"Mereka dipercayai gagal keluar berikutan api sudah marah dan hanya satu pintu manakala semua gril tingkap pula dikunci, " katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, forensik bomba dan polis akan segerakan semua urusan untuk permudahkan pengebumian.

Berita berkaitan

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 September 2017 @ 10:06 AM
SAKSI, Shahirman Shahril, menceritakan keadaan ketika kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifiqiyah. FOTO Kalidevi Mogan